Wednesday, June 23, 2010

DATA e-PELAPORAN ENAM BULAN PERTAMA 2010

Sukacita dimaklumkan, Bengkel e-Pelaporan dan Kutipan Data e-Pelaporan Pencapaian Murid Sekolah-Sekolah Program j-QAF Jun 2010 Bagi Sekolah-Sekolah Daerah Baling Sik akan diadakan mengikut Zon.

Maklumat lanjut sila layari blog j-QAF Baling Sik Kedah.

Sekian, terima kasih. Harap Maklum.

Ust. Mohd Yusoff b Hj. Abdullah.

Tuesday, June 8, 2010

UBAH KAEDAH PENGAJARAN

KUALA LUMPUR: Guru di negara ini perlu melakukan pembaharuan dalam kaedah pengajaran terutama di dalam kelas dalam usaha menambah baik kaedah pembelajaran sekali gus untuk menarik minat murid dan pelajar bersesuaian dengan keperluan semasa.

Timbalan Pengarah Pendidikan Guru dan Pembangunan Profesional, Datuk Asariah Mior Shaharuddin berkata, kaedah pendidikan bukan suatu yang statik sebaliknya guru perlu mengubah minda jika tidak mahu ketinggalan di samping mewujudkan suasana kelas yang menyeronokkan bagi mengelakkan pelajar terbabit bosan untuk menghadiri kelas. “Guru perlu kreatif untuk menarik pelajar ke kelas berikutan banyak alternatif lain seperti televisyen, Internet yang menjadi pesaing kepada guru itu. Mereka perlu peka dengan persekitaran selain mengajar cara moden dan menjiwai pelajar mereka.


“Kami tahu cabaran guru masa kini amat berat. Mungkin, dulu murid tidak begitu pandai kerana tidak didedahkan dengan pelbagai teknologi yang mungkin boleh mempengaruhi mereka. “Oleh itu, guru perlu menerima pembaharuan ini dan cuba meningkatkan mutu pengajaran pada masa depan,” katanya dalam sidang media di Persidangan Antarabangsa Persatuan Pengajaran Bahasa Inggeris Malaysia (Melta) ke-19 di Hotel Royale Chulan, di sini, semalam. Persidangan disempurnakan Sultanah Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.


Sementara itu, Sultanah Johor bertitah, guru di negara ini perlu diberi penghargaan dan pengiktirafan sejajar pengorbanan mereka mendidik anak bangsa menjadi manusia berguna. “Ramai yang berjaya pada hari ini kerana jasa guru mendidik mereka. Tanpa mereka, kita tidak tahu di mana kita berada sekarang. Bagi saya, guru perlu dihormati dan diangkat martabatnya sesuai dengan pengorbanan mereka selama ini.


“Ramai ibu bapa menyalahkan guru jika anak mereka berkelakuan buruk malah ada menyerahkan tanggungjawab mendidik 100 peratus kepada guru ketika di sekolah walhal tanggungjawab itu tidak seharusnya terpikul kepada guru semata-mata, mereka juga perlu bersama mendidik,” katanya.


* Harian Metro Online (08/06/2010)

Monday, June 7, 2010

MUAT TURUN E LAPORAN VERSI 10

8 JUN - Kepada semua warga j-QAF UPI PPD BS, sila muat turun E LAPORAN VERSI 10 (Versi Baru) di Blog j-QAF BSK dengan segera. Versi ini digunakan untuk Laporan Enam Bulan Pertama. Ke Arah Kejayaan j-QAF.

Tuesday, June 1, 2010

MESYUARAT JK IT UPI PPDBSK


1 JUN - Telah berlangsung Bengkel JK IT UPI PPDBSK Kali 1. Tujuan utama adalah untuk membangunkan Blog Unit Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Baling Sik dan Mengubahsuai Blog j-QAF Pejabat Pelajaran Daerah Baling Sik. Bertempat di PKG Sik, bermula jam 2.00 petang hingga 5.00 petang. Semoga semua JK berusaha memartabatkan Pendidikan Islam dalam IT.

PELANCARAN RASMI BLOG

ASSALAMUALAIKUM...

ALHAMDULILLAH, BERMULA 01 JUN 2010, BERTEMPAT DI PKG SIK, TELAH DIBANGUNKAN DAN DILANCARKAN BLOG UNIT PENDIDIKAN ISLAM PEJABAT PELAJARAN DAERAH BALING SIK.

ADALAH MENJADI HARAPAN AGAR BLOG INI MEMBERI INPUT DAN MANFAAT YANG BERGUNA KEPADA SEMUA GURU PENDIDIKAN ISLAM DAERAH BALING SIK.

BERSAMA MEMARTABATKAN PENDIDIKAN ISLAM DI DAERAH BALING SIK.


- Mohd Yusoff bin Hj. Abdullah-
(Penyelia Pendidikan Islam PPD Baling Sik)